Ahlan Ya Ramadhan~ August 22, 2009
Berlalu Rejab dan Syaaban, Ramadhan menjelma. Di mana, kita berpeluang untuk menikmati Ramadhan dengan pesta Ibadah sepanjang bulan ini.
Ramadhan yang Sama, Natijah yang Berbeza… Ungkapan keramat seorang sahabat Ogsem sebagai peringatan terakhirnya sebelum allahyarham pergi meninggalkan kita.
Setting Niat.. Upgrade Iman.. Download Sabar.. Delete Dosa.. Install Taubat.. Ahlan Ya Ramadhan~

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Rasulullah S.A.W bersabda:” Siapa yang bergembira dengan datangnya Ramadhan, maka Allah mengharamkan jasadnya masuk dalam ke pintu neraka”
RAMADHAN KARIM~
Jangan Risau Jika Belum Berpunya~ July 22, 2009
Ikhwah, Akhawatku,
Dewasa ini ramai muda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri, stres dan gejolak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati dalam memiliki seseorang tanpa mengenal halal dan haram. Yang penting dapat. Apa yang dapat? KAHWIN? Atau mengikut nafsu semata. Akhawat, maruah ialah kesanggupan untuk menjauhi yang haram dan dosa.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Ikhwah juga Akhawatku,
Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana cinta. Pilu walaupun mereka yang merasai peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tidak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. Tak serik-serik lagi diri diperhambakan untuk menagih cinta sementara hingga sanggup berkonflik dengan PENCIPTA CINTA. Semua batas-Nya diredah segala, tak kenal dosa dan pahala.
Ikhwah, Akhawatku,
‘’Benar bahawa lelakilah yang memulakan langkah pertama dalam lorong dosa, tetapi bila engkau tidak setuju, lelaki itu tidak akan berani. Dan andai bukan lantaran lemah gemalaimu, lelaki tidak akan bertambah parah.’’
Cinta sebelum berkahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa dan zina. Jika mampu bertahan kejinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu takkan berkat. Apa tidaknya, asasnya dibina daripada dosa dan maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang takwa yang utuh kecuali dengan taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar. Semuanya dah dirasa dan terbiasa, nak rasa nikmatnya apa lagi?? Anak-anaklah yang akan menjadi mangsa. Terimalah ia sebagai hukuman di dunia. Amat pedih. Namum, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.
Ikhwah dan Akhawatku,
Kuhembus nasihat ini kepadamu tanda kasih dan sayangku kerana Allah. Bagi yang belum berpunya, andalah pilihan Allah untuk mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan. Yakinlah! Jangan risau jika masih belum berpunya kerena mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda, untuk terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. Dia menguji anda sedikit masa lagi
Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya, “first thing first” Utamakan yang lebih penting daripada apa yang penting. Kenali priority anda sekarang. Jika memang dah sampai saat nak memiliki, tabahlah dan teruskan berusaha. Ingat, pastikan waktu nak berusaha tu anda memang dah betul-betul mampu dan bersedia.
Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan putus asa. Rasa mulia dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah di tolak, usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya. Teruskan usaha. Ingat, usaha yang Allah redha sahaja. Bagaimana dengan sms siang malam? Atau bergayut di telefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?…
Berusahalah menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu. Itu tip memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.
Seringkali, seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam dan jurang sabar dirempuh. Namun apabila dia memilikinya, didapati insan yang dikejar itu dedaunan kering cuma. Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tak disalur dengan suluhan petunjuk al-Quran dan sunnah. Beringatlah, urusan jodoh tak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita. Ianya urusan yang pasti. Apa yang tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Waallahu’alam…

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara, kerana kecantikannya, kekayaannya, keturunannya dan agamanya, pilihlah yang beragama nescaya kamu akan bahagia.”
Sumber dari:
Munirah Rahim.,
http://www.facebook.com/home.php?ref=home#/note.php?note_id=121686747159&ref=nf
Regional Convention-Bali~ July 19, 2009
Regional Convention on Student Development
27-30 Mei 2009, Bali, Indonesia – Seramai tiga (3) orang wakil daripada Majlis Perwakilan Pelajar USIM mewakili USIM ke Regional Convention on Student Development yang bertempat di The Patra Bali, Indonesia yang dianjurkan oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Kemeterian Pengajian Tinggi, Biro Tatanegara Malaysia dan Udayana Unversitas Indonesia, Bali Indonesia. Selain USIM, konvensyen ini juga sertai oleh pelbagai Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta antaranya, Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Udayana Unversitas Indonesia dan lain-lain.
Sebanyak 10 kertas kerja yang dibentangkan dalam konvensyen ini, di mana ianya dibentangkan oleh pembentang-pembentang dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Hong Kong dan Australia seperti Naib Canselor Universiti Utara Malaysia, Penolong Pengarah Program Siswazah Universiti dari National University of Singapore dan lain-lain.
Antara tajuk-tajuk yang dibincangkan:-
• Student Unions Serve as Training Grounds for Aspiring Politician : Country Observations.
• Student Representation In Decision- Making Process of University Administrative Systems
• Marketability of ASEAN Students in Global Markets.
• The Leadership Compass: Values and Ethics in Higher Education.
• Developing Student Leadership in Universities: What You Can Do.
Konvensyen seperti ini bukan sahaja memberi pengalaman baru kepada pimpinan pelajar tetapi juga memberi pendedahan tentang isu-isu kemahasiswaan di rantau ASEAN. Moga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
Bermulanya lembaran baru~ July 19, 2009
Bismillahirrahmannirrahim…
Lama x update blog… Sebenarnya, banyak yang hendak dikongsikan… Cuma tidak ada idea nak d interpret ke dalam blog ni…
Berlalu masa dua bulan practicum dan bermula Semester baru pada dua minggu yang lepas… Maka secara rasminya bermula lembaran baru ku sebagai pelajar tahun akhir di Universiti Sains Islam Malaysia…Banyak agenda yang perlu diselesaikan sebelum tamatnya title sebagai pelajar ijazah sarjana muda…
Secara jujurnya, dalam masa dua minggu ni rutin harian agak tidak tersusun… Still trying to adapt campus life semula… tapi mungkin ada juga sahabat-sahabat yang lain, cepat menyesuaikan diri dengan suasana yang baru…Bagi yang berjaya, Tahniah~
Kalau before ni, kerja memang banyak nak diselesaikan tapi still can manage to settle down one-by-one… Sekarang nak kata macam blur, xjuga… Cuma perasaan dan fikiran masih bercampur baur dek akibat terlalu lama berada di comfort zone..:D Yela, selalu kalau berada di kampus rushing2 pergi ke sana ke sini…dengan kerja-kerja persatuan, assignments, projects etc. So, memang mind da set, I must to do it before this and this… kalu time practicum, life is a bit easy..sampai balik umah pn lembik je..huhu sampai nk buat keje ape pn xtau.. Even kalau nak tolong mama pun benda da siap, paling2 pun kms dapur and time weekend jela..tu pun klu xde pegi memane…
Yang penting for take Note kat sini, lepas abis blaja and kalau da stat keje xmo jadi macam time practical aritu… Relax je banyak… Kalau kita da biasa rutin harian yang amat sibuk then tiba2 jadi amat relax..to start our busy routine back, it’ll take time~
رَبِّ ٱشۡرَحۡ لِى صَدۡرِى وَيَسِّرۡ لِى أَمۡرِى وَٱحۡلُلۡ عُقۡدَةً۬ مِّن لِّسَانِى يَفۡقَهُواْ قَوۡلِى~
“Usaha yang Terbaik untuk menjadi yang Terbaik dalam menghasilkan keputusan atau Hasil yang Terbaik… “
“Andai kata, hasil itu tidak sepertimana yang kita harapkan… Redhalah kerana Allah pasti akan berikan yang lebih baik daripada yang kita harapkan kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya~”
Mana lagi Untung?? July 11, 2009
Sedikit Renungan Buat Kalian…
LELAKI …
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.
BERATKAN??
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu.. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki.. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (mengikut kajian yang dibuat) tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita :
1. ibunya
2. isterinya
3. anak perempuannya, dan
4. saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ….

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki…kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin…. maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..
Firman Allah di dalam surah Ali- Imran:103
“Berpeganglah kamu sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.
“Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri ”

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
P/s: Sesungguhnya Allah menjadikan lelaki dan perempuan itu sama untungnya…kerana Allah Maha Adil.. Syukurlah seadanya.. Wahai Wanita “Janganlah menjadi wanita yang disanjungi tetapi jadilah Wanita yang disegani”…
Practicum: Part 2~ June 4, 2009
Alhamdulillah, practicum telah masuk minggu yang keempat dan semuanya berjalan dengan lancar. Cuma, sedikit terkilan sebab xde semasa Ustazah Kauthar penyelia USIM datang untuk penilaian pada jumaat lepas (28 Mei 2009) sebab pergi ke Bali. Ustazah ok je, mungkin sudah dimaklumkan oleh U.syed dan kawan-kawan yang practical sama2 di Yayasan Restu.
Mungkin tertanya-tanya, mana part 1 Practicum? Huhu.. sebenarnya xtulis pn part1, masa entry ; Revenge Time ada penulis ceritakan tentang practical.. So, assume as part 1 la..
Pada 2 Jun 2009 (Selasa), penulis berpeluang untuk ke kilang percetakan quran terjemahan “Mushaf Malaysia”. Ustaz Hanan meminta 2 orang pelajar practical bahagian Ulum Quran untuk membantu beliau dan team kaligrafi untuk final check Plate2 yang hendak dicetak yang dijangkakan pada esok harinya.
Kilang percetakan terletak di Batu Tiga, Shah Alam. Bagi yang tahu atau selalu lalu di area batu tiga (berdekatan komuter), kawasan tersebut berdekatan dengan Kilang gula CSR. So, kami menumpang kereta k.Hawa ( Staf bahagian Kaligrafi) untuk ke sana. 1st, sy membayangkan bahawa tempat yang kami akan masuk dlm kilang yang penuh dengan mesin2 dan tidak berkipas tetapi sebaliknya bahkan tempat tersebut berhawa dingin dan berlampu kuning.. (lampu pn nak cite ke?..huhu):D
K.Hawa menerangkan kepada kami tentang tugasan yang kami perlu lakukan dan serba sedikit tentang percetakan mashaf ini. Kami dimaklumkan bahawa kilang ini sebelum mencetak terjemahan quran, mereka telah mencetak Bible tetapi setelah Yayasan Restu mencetak mashaf di sini (JAKIM, KDN telah memantau) kilang tersebut berhenti mencetak bible.
Terjemahan Quran tersebut akan dicetak mengikut section ( Berbentuk buku). Keseluruhan section berjumlah 43 dan setiap section terdapat 1 set plate, di mana plate2 yang berbentuk kepingan zink ini berjumlah 8 keping ( 4 untuk bahagian depan, 4 bahagian belakang yang mewakili CMYK) Seperti di gambar sebelah. (Bagi mereka yang tahu tentang graphic, dalam teknologi colour terdapat jenis seperti CMYK, RGB dan lain2). Plate2 ini, akan diteliti setiap tulisannya dan hendaklah memastikan di permukaan plate tersebut tidak bercalar atau sebagainya. Kami juga diminta untuk membuka cincin dan jam tangan semasa memeriksa kerana permukaan plate yang sensitif ( even flash camera pn xleh).
Plate2 ini akan bertindak seumpama kertas yang akan diphotostat pada mesin percetakan dan sebanyak 60 000 naskhah akan dicetak. Semakin banyak benda yang dicetak, semakin laju mesin tersebut. Cuma, penulis tidak berpeluang untuk berada di kilang semasa bermula percetakannya… Next time, maybe~: )
In conclusion, zaman berubah teknologi juga berkembang… Teknologi percetakan yang dahulunye mesin menggunakan konsep “press” tetapi kini mesin kini berkonsep “photostat”.. yup, bak kata boss “Jauh perjalanan, semakin luas pemandangan” untuk menambah ilmu di dada~
P/s: Sesiapa yang berminat untuk bekerja di Yayasan Restu sebagai Eksekutif bahagian Ulum Quran, boleh menghantar resume anda ke emel ini musnad@yahoo.com.
Berjalan sambil Mentafsir : Bali Part 1~ June 4, 2009
Firman Allah Taala:
وَمَآ أَرۡسَلۡنَا مِن قَبۡلِكَ إِلَّا رِجَالاً۬ نُّوحِىٓ إِلَيۡہِم مِّنۡ أَهۡلِ ٱلۡقُرَىٰٓۗ أَفَلَمۡ يَسِيرُواْ فِى ٱلۡأَرۡضِ فَيَنظُرُواْ كَيۡفَ كَانَ عَـٰقِبَةُ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡۗ وَلَدَارُ ٱلۡأَخِرَةِ خَيۡرٌ۬ لِّلَّذِينَ ٱتَّقَوۡاْۗ أَفَلَا تَعۡقِلُونَ
“Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) melainkan lelaki- lelaki daripada penduduk kota-kota tertentu, yang kami wahyukan kepada mereka. Maka, mengapa orang (yang tidak mahu beriman) itu tidak mengembara di muka bumi, lalu memerhatikan bagaimana akibat orang (kafir) yang terdahulu daripada mereka? (Ingatlah) sesungguhnya negeri akhirat lebih baik bagi orang yang bertaqwa. Oleh itu, mengapa kamu (wahai manusia) tidak mahu memikirkannya?” (Yusof:109)
Pada 27-30 Mei yang lepas, penulis berpeluang untuk mewakili USIM ke Regional Convention on Student Development di Bali (seperti yang telah disebutkan dalam entry : Travelog MPP). Alhamdulillah, kami bertiga (Afiq, Yusuff and I) telah selamat sampai ke Malaysia pada 4.30 petang dalam keadaan sihat walafiat. Sampai di KLIA, trs msj ngan kawan2 nak maklumkan yang kami da tiba Malaysia. Mucuk and Busuk awal2 da cakap.. Jangan lupa update blog..huhu.. I’m trying to keep it short and simple but in the same time ada pengajaran sebagai pedoman. Maybe entry kali ni, a bit macam diary sket…
27 Mei 2009 – Bertolak dari rumah (klang) pada 6.15 pagi, mama pulak x brape sihat. Tiba-tiba, dia rasa xsedap badan, risau sebenarnya nak pegi sebab kebetulan abah pulak ada kursus kat Penang.. So, xde sesape kat umah nak temankan.. tawakkal je.. Tiba di KLIA area 7.15 pagi.. Al-maklumlah, driver amatur yang bawa Giant mama tu jauh2.. lambat la sikit, tu pn da abis sejuk..huhu~
Ingatkan xde pegawai yang uruskan kami di airport, alhamdulillah Cik Rohimah ada untuk guide kami before berlepas. Thanks Cik Imah~
Semasa dalam flight, kami dapat tempat duduk yang 4 seated, Dr. Yusuff duduk line depan ktrg da awal2 da pejamkan mata… Mebi disebabkan muka kami yang xtdo ni nmpk excited terlebih, ade stewardess tu tegur ktrg.. kebetulan time tu tgh nakal, dok amik gmbr org tdo.. Last2, kakak pramugari tu offer tolong amikkan gambar.. huhu.. Afiq, akak t’ingat kes nak nasi lemak telur dadar ..
Seorang sahabat tanya, balik dari Bali xde experiences yang boleh share ke? Kita ni berjalan mesti sambil mentafsir…huhu. Yup, terlalu banyak pengalaman dan pengajaran, start when I arrived at Bali Ngurah Rai International Airport sampai nak balik ke Malaysia. Meeting peoples the same root (Melayu) but different religion with us, it was a little bit shock… Melayu tapi Hindu~ tapi memang pengalaman baru, di mana berada luar kawasan ideal kita sebagai muslim…
Actually, banyak cabaran kami bermula dari menjejakkan kaki di Bali… Yela, kami tidak diiringi dengan mana2 pegawai + xpernah pn pergi ke Bali… Kami merupakan group yang pertama smpi di Bali, sekretariat pn belum sampai lagi..So, agak nervous gak~
To be continue and edit …….
>> Bagaimana kami survived nak ke Ramada Hotel yang ade 2 location in Bali + our name does not exist in reservation list?? Apa yang ktrg buat 1st day tu.. Makan?? Adui..Lapar2…huhu
Travelog MPP~ May 22, 2009
Sepanjang Cuti semester kali ini, penulis terlepas dengan gerak kerja program-program MPP kerana menjalani latihan Industri (praktikal) dan kekangan masa yang tidak mengizinkan untuk berulang Klang-Nilai. Walaupun terpisah dek distance yang jauh, namun cuba juga untuk keep in touch dengan MPP di Nilai melalui teknologi telekomunikasi yang canggih broadband, messaging dan lain-lain.
(Siap kene kacau dengan dorang lagi time tengah keje… memang nak kene babab) huhu… Terima kasih buat sahabat-sahabat MPP yang masih meneruskan perjuangan, moga-moga Allah menganjari pahala atas sumbangan yang kalian taburkan.. Simbiosiswa~ huhu
7 Mei 2009
Nilai – Kunjungan Hormat daripada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Saifuddin Abdullah ke Universiti Sains Islam Malaysia. Sesi Ramah Mesra dan Open Dialog beliau bersama Mahasiswa USIM tanpa kehadiran pihak pengurusan universiti sempena program 3M yang dilancarkan oleh beliau.
8 – 10 Mei 2009
Jasin – Teambuilding MPP USIM 0809 telah diadakan bertempat di Kem Lambaian Danau, Melaka dengan jayanya. Seramai 78 orang Mahasiswa yang terlibat (yang terdiri daripada ahli-ahli MPP, AJK exco-exco MPP dan AJK C-Fest7). Hadaf program ini adalah untuk menyimpulkan ikatan antara entiti-entiti yang terlibat dengan MPP USIM supaya dapat menghasilkan kerjasama yang padu dalam memberi sumbangan kepada Mahasiswa USIM.
15 – 19 Mei 2009
Batu Pahat – Konvensyen Kebangsaan Majlis Perwakilan Pelajar IPTA 2009 Kali ke-3 telah diadakan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) selaku tuan rumah. Pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang konvensyen ini antaranya program motivasi, pembentangan kertas kerja, khidmat masyarakat dan lain-lain. Pada kali ini juga, MPP USIM berpeluang untuk membentangkan kertas kerja yang bertajuk “ Menjana Keunggulan Sahsiah Mahasiswa di IPTA: Melalui Pendidikan Agama Secara Berterusan” dalam bidang pembangunan sahsiah bersama UPM dan UTHM.
Sumber berita & gambar diambil dari:
http://mppusim0809.wordpress.com layari untuk maklumat lanjut.
Akan datang pada 28-30 Mei 2009, seramai 3 orang MPP akan mewakili USIM ke Regional Convention On Student Development di The Patra Bali Resort and Villa, Bali Indonesia.
Renungi kata-kata ini:
“Antara wasiat Imam Hassan al-Banna: • Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram. • Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah perkara yang sia-sia, malah menyakiti hati orang. • Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan janganlah bercakap melainkan yang memberi kebajikan. • Berkenal-kenalan dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang. • Kewajipan lebih banyak daripada masa yang ada pada kita. Oleh itu, gunakan masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskan pelaksanaannya”
Simbiosiswa…~ May 21, 2009
“Ko faham x kalau name program ‘Simbiosiswa’..???” Terpikir dibuatnya bila Mr. Busuk tanya….terdetik dalam hati, Menarik…..Lalu kujawab : “faham..” huhu
Serius menarik…. ‘Terbaik~’ (version Mr.Boss) ~:D Idea Mr. Busuk ni mungkin boleh dijadikan istilah yang akan bakal digunakan oleh MPP USIM… Tiba-tiba teringat kata-kata masa program smartlead II kat Lembah Azween.. “Manusia mewujudkan Istilah untuk mewajarkan tindakan”~
Simbiosis…
Agak lama xguna istilah2 sains ni…huhu. Simbiosis bermaksud interaksi antara dua organisma yang hidup berdampingan. Kalau kita rujuk kepada Wikipedia Simbiosis ada 3 kategori:
So, Simbiosiswa ni bergantung kepada definisi yang di’Interpret’ oleh setiap individu. Masa penulis ditanya tentang simbiosiswa ini, terbayang interaksi yang wujud antara mahasiswa di mana membawa faedah kepada mahasiswa yang lain. Di mana, mahasiswa ini menjadi sebuah entiti yang dapat memberi sumbangan kepada masyarakat amnya dan Universiti amnya. Terfikir sejenak…Sejauhmana sumbangan yang telah penulis sumbangkan kepada orang lain, xkira lah samaada dari segi akedamik, sosial dan lain-lain… Koreksi diri ini~

When we mentioned about contribution to others, la budda bi ilmi… Allah Taala telah berfirman yang bermaksud “Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu”.. Terkena sungguh dengan abah bila penulis tanya tentang Influenza A yang dikenali sebagai Swine Flu atau H1N1. Sebenarnya, sudah menjadi kebiasaan on the way pegi keje dalam keta abah ada short tazkirah or discussion.. He said: “You as a student in tertiary level shouldn’t ask me that kind of question. You have 24 hours internet connection but u still ask me??” tu la respon yang abah jawab bila tanya tentang bagaimana Virus ni tersebar… huhu… aduiyai~ mujur dia jawab juga… huhu. Bukan x mencari tapi xterpikir nak cari pun… Nak ceritanya di sini, sebagai seorang mahasiswa kita bukan lagi level menunggu untuk mendapat ilmu tetapi do some research to have some knowledges. Abah kata, kalau kita tengok zaman arwah ‘tok bak’ dulu even zaman dulu x sekolah sampai universiti pun tapi ada contribution yang orang ingat sampai sekarang because the way he think, act etc. So, kita sebagai mahasiswa yang mempunyai atau bakal mempunyai segulung ijazah hendaklah mengangkat darjat orang yang berilmu bersesuaian dengan ilmu yang dituntut. Yang penting, Allah tidak menilai sesuatu berdasarkan hasilnya sahaja tetapi Allah memandang kepada usaha seseorang dalam mencapai sesuatu matlamat itu. Gunakanlah se’optimum’ mungkin ilmu yang kita ada untuk disumbangkan kepada orang lain untuk wujudkan simbiosiswa ni. Ini pendapat penulis yang masih lagi merangkak untuk memajukan diri. Anda bagaimana?? Fikir-fikirkanlah…

Firman Allah di dalam surah al-Baqarah : 286
“Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa), “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau menghukum kami dengan azab jika kami terlupa atau tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir.”





















