Pria Cacat Idaman Wanita~

Bismillahirrahmannirrahim…

Penulis tertarik dengan tajuk “Pria Cacat Idaman Wanita” artikel yang terdapat dalam akhbar iluvislam yang baru-baru ni. Kurang pasti keluaran bila, mungkin minggu lepas. Cuma baru berkesempatan untuk membaca akhbar tu. Kebetulan ramai pula ramai sahabat-sahabat yang baru membina masjid dan ada pula yang merancang ke arah tersebut. Mungkin sedikit sebanyak dapat memberi panduan atau tips-tips yang bermanfaat kepada para Pria untuk berusaha untuk menjadi yang terbaik.

Cuma penulis tersalah memberi tafsiran awal kepada tajuk ini. Membayangkan seorang pria cacat fizikal tetapi menjadi idaman wanita kerana baik akhlaknya. Sebenarnya tajuk ini didengar oleh penulis artikel (iluvislam) semasa tazkirah di sebuah surau (kalau tidak silap) di mana beliau juga tersalah memberi gambaran awal tentang Pria Cacat ini. Bak kata penulis tersebut, fikiran manusia yang agak terbatas. Lain orang, lain tafsirannya sebab itu Allah jadikan manusia itu berlainan supaya dapat melengkapkan keperluan umat sejagat.

Pria Cacat Idaman Wanita, bukan cacat pada fizikalnya tetapi kecacatan ini adalah sifat dan kepatuhannya kepada agama.

1. Ciri pertama : Seorang lelaki yang bakhil.
• Kedekut dalam memberikan senyuman kepada wanita yang bukan mahramnya.
• Dia juga bakhil dalam meluangkan masa untuk membuat temujanji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya.
• Bakhil menghabiskan wang ringgit kepada wanita yang tidak sepatutnya.
• Bagaimanapun dia amat pemurah ketika meluangkan masa dengan Allah.
• Tegas dalam kemurahannya mempertahankan akidah, menghulurkan nasihat serta teguran.

2. Ciri kedua : Seorang lelaki yang papa dan miskin.
• Dia adalah lelaki yang papa kedana dalam ilmu yang tidak bermanfaat.
• Miskin dalam melakukan maksiat dan papa dalam memiliki akhlak yang tidak baik.
• Namun sebenarnya dia amta kaya dengan memiliki akhlak yang mulia. Kaya dalam kesabaran menghadapi ujian hidup. Malah kaya dalam membina impian syahid di jalan allah.

3. Ciri ketiga : lelaki dambaan wanita adalah mereka yang bisu.
• Lelaki yang berkenaan perlulah bisu daripada sebarang pujuk rayu yang manis dan bisa mengocangkan iman.
• Lelaki yang sebegini adalah golongan yang sentiasa membasahkan bibirnya dengan mengingati allah. Lidahnya tidak lekang daripada membaca al-Quran. Lebih daripada itu, lantang menyatakan kebenaran.

4. Ciri keempat : Seoarang yang matanya buta daripada melihat perkara-perkara yang maksiat dan tidak berguna.

• Kedua-dua matanya buta dari memandang aurat wanita yang tidak halal baginya.
• Malah dia sering mengalihkan pandangannya untuk menikmati kebesaran allah daripada mempersonakan matanya kepada perkara yang haram.

10 ciri-ciri Suami Idaman

1. Kuat pegangan agama.
Lelaki sebegini akan tetap memelihara solat fardunya, walau sesibuk mana dirinya. Selain itu, dia akan sentiasa mentaati pegangan agamanya.

2. Akhlak yang baik
Tegas namun mampu bertolak ansur dalam pelbagai perkara. Kesopanannya terserlah sebagai gambaran peribadi dan kemuliaan hatinya. Terlalu meghormati warga tua selain mudah dibawa berbincang.

3. Tegas mempertahankan maruah
Kejujuran terserlah ketika melindungi maruah wanita. Namun, dia tidak pernah menjatuhkan maruahnya dengan mengunjungi tempat-tempat yang dipenuhi dengan maksiat.

4. Mampu menjaga amanah
Perhatikan sekiranya seseorang lelaki itu pernah mengabaikan tugas yang diberikan kepadanya dengan sengaja atau adakah dia sering menyalahkan gunakan kuasa yang diberikan. Jika ya, lupakan saja dia.

5. Tidak boros
Sifat pemurah sememangnya dimiliki seorang lelaki yang budiman. Namun, dia tidak pula boros ketika membelanjakan wang dan hartanya. Dia menggunakannya dengan bijaksana.

6. Menjaga pandangan mata
Sentiasa perhatikan ke arah manakah dia mengahalangkan pandangan matanya. Apakah matanya liar memandang wanita-wanita yang sentiasa lalu lalang. Jika benar, baik lupakan sahaja.jika benar lupakan sahaja dia.

7. Pergaulannya terjaga dan terbatas
Sebagai lelaki, dia tahu bahawa dia tidak mudah menjadi fitnah orang tetapi dia tidak akan mengamalkan gaya hidup yang bebas.

8. Rakan pergaulannya
Perhatikan bagaimana watak rakan-rakannya. Rakan memang boleh mempengaruhi seseorang dan rakan-rakan adalah cermin baginya.

9. Bertanggungjawab
Rasa bertanggungjawab dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapanya dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedangkan dia hidup hebat, nyatalah dia bukan jenis bertanggungjawab.

10. Tenang wajahnya
Apa yang ada di sanubarinya, kadang-kadang terpancar pada air mukanya. Hati yang tenang, setenang wajahnya sama ada ketika dia bercakap atau bertindak.

Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jadikan kekuatan itu sebagai pemangkin semangat dan kekurangan itu sebagai benchmark kepada diri kita untuk berusaha lebih gigih lagi. Bukan lelaki sahaja yang perlu berusaha untuk menjadi yang terbaik, wanita juga perlu ke arah yang sama.

p/s: Ciri-ciri yang disebutkan di atas, mungkin juga disesuaikan untuk ciri-ciri isteri idaman dan bebarapa tambahan ciri-ciri tambahan lain.

~ by zatieyzulkifli on June 25, 2010.

2 Responses to “Pria Cacat Idaman Wanita~”

  1. Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia. Ia laksana setitis embun yang turun dari langit. Bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah oleh kerana embun itu kedujanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keihklasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji
    -Hamka

  2. tapi cowok gak da yang perfect. sama kayak wanita jg lah. asalkan bs saling menerima kekurangan pasangan. maka hubungan bs harmonis.

Leave a comment