Perkongsian Ilmu

Advertisements

2 Responses to “Perkongsian Ilmu”

  1. MENGKHIANAT DAN DIKHIANAT…
    Al kisah di negeri Pasir Terbakar, tinggallah seorang tua bersama-sama anaknya melayari bahtera kehidupan sebagai seorang kuli kepada tuan tanah berbangsa Eropah. Hari-hari yang dilaluinya tidak semanis Daniel Radcliffe mahupun Donald Trump. Orang tua ini setiap hari membanting tulang menyara keluarga dengan hasil mencungkil susu getah di pohon-pohon getah yang sudah lanjut usianya. Begitulah pekerjaannya setiap hari sehingga orang tua tersebut tidak lagi betah mengangkat M-16nya itu lagi.

    Berbicaralah seorang tetamu yang mengunjungi rumahnya pada suatu pagi yang damai lagi mengasyikkan. Kokokan ayam menambah lagi suasana feudalisme kebodohan manusia yang tergila-gilakan bukit emas melebihi Bukit Antarabangsa. Bertanyalah pemuda tersebut kepada orang tua yang khusyuk menikmati aroma kopi Mexico yang hangat dipanggang. “Wahai orang tua, kuli kepada Tuan Harvied, pekerja yang setia, aku melihatmu seperti seorang yang membutuhkan pembaharuan buat dirimu dan keluarga tercinta. Makanya, hari ini aku datang untuk memberimu mata pencarian yang lebih baik daripada sebelum ini.” Ketika itu terangguk-angguklah kepala orang tua itu berfikir sejenak.

    Orang tua itu tidak terpengaruh dengan idealisme kapitalis keparat yang mahu menjatuhkan orang bodoh sepertinya. Paling kurang dia meminta waktu sehingga dua bulan purnama memberi signal masa yang tidak pernah kembali. Setelah difikir-fikir, orang tua itu mula membuat keputusan untuk menerima tawaran yang khabarnya lumayan daripada tender membina sekolah Bukit Nenas yang terletak di Kuala Lumpur. Ketika itu Yap Ah Loy masih lagi mendendangkan lagu revolusi tanah bijih timah yang sarat di bumi lumpur tersebut.

    Berpakailah tanjak dielegankan lagi dengan capal buatan Mak Cik Limah menuju susuk tubuh orang tua terbongkok-bongkok ke rumah pemuda yang ditemuinya tempoh hari. Melihat gerangan orang tua tersebut, pemuda yang menjadi komprador kampung membawa surat tawaran yang amat bagus ikatannya seperti skrol purba Zaman kegemilangan Xerxes, panglima perang Yunani. Rupa-rupanya pemuda itu menawarkan pekerjaan sebagai pemungut cukai penyangak British di kampung-kampung. Maka terkejutlah orang tua itu terlondeh seluarnya mendengar perkhabaran tersebut. Baginya pekerjaan tersebut adalah sesuatu yang mendatangkan ongkos lumayan buat dirinya dan anaknya. Jika sebelum ini, dirinya hanya mampu membeli dua bungkus nasi lemak, mungkin kali ini dia boleh menikmati dua kali ganda daripada sebelumnya. Begitulah kisah hamba yang otaknya sudah diisi dengan bujana-bujana pemikiran materialisme yang hangat ditiup golongan pemodal kapitalisme perosak sel-sel neuron cemerlang orang Melayu ketika itu.

    Kisah realiti zaman feudal dahulu kala ini sebenarnya menuntut kita untuk berfikir sedalam-dalam akan makna pekerjaan yang benar dan tidak merosakkan. Jika dilihat akan tawaran sebagai seorang pemungut cukai tidaklah salah bagi sesiapa pun. Akan tetapi jika bekerja sebagai pemungut cukai untuk pihak penjajah yang meleleh air liurnya melihat hasil bumi negara adalah sesuatu yang boleh dianggap pengkhianat negara. Mungkin kita pernah mendengar akan Si Kitul yang terkinja-kinja memberi maklumat risikan kepada penjajah Portugis atau Kesatuan Melayu Muda yang tidak sedar akan dirinya yang dipergunakan oleh puak mata sepet Jepun. Inilah masalah yang melanda manusia yang tinggal bermasyarakat. Ada pengkhianat, ada pembonceng ekonomi tidak kurang ada menjadi pencacai politik yang memburukkan wajah politik itu sendiri.

    Penulis sedar akan kepentingan periuk nasi masing-masing begitu jualah dengan orang tua tersebut. Bagi penulis jika mendapat pekerjaan sebagai seorang eksekutif syarikat komputer di Jalan Bukit Bintang adalah memadai untuk menyara keluarga tersayang daripada menjadi penyangak risikan pertahanan negara kepada Singapura. Lebih baik menjadi uztaz yang petah berbicara dalam masyarakat daripada menjadi Ah Long di Segamat walaupun mulia pekerjaan sebagai seorang pemberi kelegaan sesaknya tuntutan ekonomi seseorang. Tetapi kita mempunyai akal fikiran sempurna yang diberikan oleh Allah SWT untuk mengenal mana satu permata mana satu kaca.

    Amatlah bodoh dikatakan jika mempunyai ijazah ekonomi dari kolej Trinity, Universiti Cambridge menyara hidup menjadi penganut tegar sistem ekonomi kapitalis ala-ala John Perkins, penyangak bantuan konspirasi yang terkenal itu. Di sinilah menuntut kita untuk menjadi pengkhianat ataupun penjalan amanat. Mungkin suatu hari nanti, nilai-nilai manusiawi tidak lagi menyelaputi batang tubuh kita akibat tuntutan ekonomi yang semakin hari semakin rencam…

  2. Sekadar peringatan buat diri-diri yang alpa dek kerana cinta tanpa bersandar kepada CINTA Allah…

    Terbaca dalam inbox emel lama2, xpasti siapa pengirim asal… moga2 primary pengirim dan forwarder mendapat ganjaran daripada Allah..
    ………………………………………………………………..

    Salam,

    Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu? Jawabannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawaban kerana Allah hinggalah jawaban duniawi.

    Tapi ada satu jawaban yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap detail percakapannya. Jawaban dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib.

    Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti, dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami.

    Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi.

    Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya. Sebenarnya…!!! Saya ingin tau, kenapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan
    untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu (benar-benar sibuk).

    Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan.Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara.

    Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. That’s all……Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing.

    Saya menggambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap dirumahnya.

    Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual hanya berdua. Hiruk pikuk persiapan akad nikah besok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal.

    Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali Mamanya mengetok pintu, meminta kami tidur.

    “Aku tak boleh tidur.” Dia memandang saya dengan wajah bersahaja. Saya faham keadaanya ketika ini.

    “Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur.”

    “Ya.. ya.” Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar. Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik.

    Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan.

    “Kenapa kamu memilih dia?” Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih HP dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD HP dia mengais lembaran kertas
    didalamnya.

    Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping envelop kepada saya. Saya menerima HP dari tangannya. Envelop putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ni. Saya melihatnya tanpa mengerti. Eeh…, dia malah ketawa geli hati.

    “Buka aja.” Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. Hehehehehehe. …….

    “Teruknya dia ni.” Saya menggeleng-gelengkan kepala sambil menahan senyum. Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya.Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu……..

    @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

    Kepada Yth ……..

    Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya…

    Assalamu’alaikum Wr Wb

    Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai.

    Saya, yang bernama ………… … menginginkan anda …………. …untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan.

    Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak.

    Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.

    Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya.. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja.

    Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.

    Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.

    Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda.

    Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini.

    Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawaban pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah ridho dengan jalan yang kita tempuh ini.

    Amin

    Wassalamu’alaikum Wr Wb

    @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

    Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat ‘lamaran’ yang begitu indah.

    Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa.

    Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.

    “Kenapa kamu memilih dia……?”

    “Kerana dia manusia biasa……. . ” Dia menjawab mantap. “Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya. Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku..”

    “Maksudnya?”

    “Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masih ada. betuI tak? Paling tidak…. Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin.

    “Ssttt…… .” Saya menutup mulutnya. Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga.

    Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.

    “Udah tidur. Besok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama.” Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.

    “Gik…..?”

    “Tidur…… Dah malam.” Saya menjawab tanpa menoleh padanya. Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik besok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini.

    Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiannya. Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak ruh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak.

    Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah ‘proses usaha’. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, tahta dan ‘nama’.

    Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan.

    Ketika segala yang ‘melekat’ pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya. Maka semua menjadi indah.

    Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap HambaNYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan.

    Kita hanya boleh memohon keridhoan Allah. MemintaNYA mengurniakan barokah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah. Jadi, bagaimana dengan cinta?

    Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir, lalu tumbuh, kemudian merawatnya.

    Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa).

    Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.

    Wallahu ‘alam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: