Pria Cacat Idaman Wanita~

•June 25, 2010 • 2 Comments

Bismillahirrahmannirrahim…

Penulis tertarik dengan tajuk “Pria Cacat Idaman Wanita” artikel yang terdapat dalam akhbar iluvislam yang baru-baru ni. Kurang pasti keluaran bila, mungkin minggu lepas. Cuma baru berkesempatan untuk membaca akhbar tu. Kebetulan ramai pula ramai sahabat-sahabat yang baru membina masjid dan ada pula yang merancang ke arah tersebut. Mungkin sedikit sebanyak dapat memberi panduan atau tips-tips yang bermanfaat kepada para Pria untuk berusaha untuk menjadi yang terbaik.

Cuma penulis tersalah memberi tafsiran awal kepada tajuk ini. Membayangkan seorang pria cacat fizikal tetapi menjadi idaman wanita kerana baik akhlaknya. Sebenarnya tajuk ini didengar oleh penulis artikel (iluvislam) semasa tazkirah di sebuah surau (kalau tidak silap) di mana beliau juga tersalah memberi gambaran awal tentang Pria Cacat ini. Bak kata penulis tersebut, fikiran manusia yang agak terbatas. Lain orang, lain tafsirannya sebab itu Allah jadikan manusia itu berlainan supaya dapat melengkapkan keperluan umat sejagat.

Pria Cacat Idaman Wanita, bukan cacat pada fizikalnya tetapi kecacatan ini adalah sifat dan kepatuhannya kepada agama.

1. Ciri pertama : Seorang lelaki yang bakhil.
• Kedekut dalam memberikan senyuman kepada wanita yang bukan mahramnya.
• Dia juga bakhil dalam meluangkan masa untuk membuat temujanji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya.
• Bakhil menghabiskan wang ringgit kepada wanita yang tidak sepatutnya.
• Bagaimanapun dia amat pemurah ketika meluangkan masa dengan Allah.
• Tegas dalam kemurahannya mempertahankan akidah, menghulurkan nasihat serta teguran.

2. Ciri kedua : Seorang lelaki yang papa dan miskin.
• Dia adalah lelaki yang papa kedana dalam ilmu yang tidak bermanfaat.
• Miskin dalam melakukan maksiat dan papa dalam memiliki akhlak yang tidak baik.
• Namun sebenarnya dia amta kaya dengan memiliki akhlak yang mulia. Kaya dalam kesabaran menghadapi ujian hidup. Malah kaya dalam membina impian syahid di jalan allah.

3. Ciri ketiga : lelaki dambaan wanita adalah mereka yang bisu.
• Lelaki yang berkenaan perlulah bisu daripada sebarang pujuk rayu yang manis dan bisa mengocangkan iman.
• Lelaki yang sebegini adalah golongan yang sentiasa membasahkan bibirnya dengan mengingati allah. Lidahnya tidak lekang daripada membaca al-Quran. Lebih daripada itu, lantang menyatakan kebenaran.

4. Ciri keempat : Seoarang yang matanya buta daripada melihat perkara-perkara yang maksiat dan tidak berguna.

• Kedua-dua matanya buta dari memandang aurat wanita yang tidak halal baginya.
• Malah dia sering mengalihkan pandangannya untuk menikmati kebesaran allah daripada mempersonakan matanya kepada perkara yang haram.

10 ciri-ciri Suami Idaman

1. Kuat pegangan agama.
Lelaki sebegini akan tetap memelihara solat fardunya, walau sesibuk mana dirinya. Selain itu, dia akan sentiasa mentaati pegangan agamanya.

2. Akhlak yang baik
Tegas namun mampu bertolak ansur dalam pelbagai perkara. Kesopanannya terserlah sebagai gambaran peribadi dan kemuliaan hatinya. Terlalu meghormati warga tua selain mudah dibawa berbincang.

3. Tegas mempertahankan maruah
Kejujuran terserlah ketika melindungi maruah wanita. Namun, dia tidak pernah menjatuhkan maruahnya dengan mengunjungi tempat-tempat yang dipenuhi dengan maksiat.

4. Mampu menjaga amanah
Perhatikan sekiranya seseorang lelaki itu pernah mengabaikan tugas yang diberikan kepadanya dengan sengaja atau adakah dia sering menyalahkan gunakan kuasa yang diberikan. Jika ya, lupakan saja dia.

5. Tidak boros
Sifat pemurah sememangnya dimiliki seorang lelaki yang budiman. Namun, dia tidak pula boros ketika membelanjakan wang dan hartanya. Dia menggunakannya dengan bijaksana.

6. Menjaga pandangan mata
Sentiasa perhatikan ke arah manakah dia mengahalangkan pandangan matanya. Apakah matanya liar memandang wanita-wanita yang sentiasa lalu lalang. Jika benar, baik lupakan sahaja.jika benar lupakan sahaja dia.

7. Pergaulannya terjaga dan terbatas
Sebagai lelaki, dia tahu bahawa dia tidak mudah menjadi fitnah orang tetapi dia tidak akan mengamalkan gaya hidup yang bebas.

8. Rakan pergaulannya
Perhatikan bagaimana watak rakan-rakannya. Rakan memang boleh mempengaruhi seseorang dan rakan-rakan adalah cermin baginya.

9. Bertanggungjawab
Rasa bertanggungjawab dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapanya dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedangkan dia hidup hebat, nyatalah dia bukan jenis bertanggungjawab.

10. Tenang wajahnya
Apa yang ada di sanubarinya, kadang-kadang terpancar pada air mukanya. Hati yang tenang, setenang wajahnya sama ada ketika dia bercakap atau bertindak.

Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jadikan kekuatan itu sebagai pemangkin semangat dan kekurangan itu sebagai benchmark kepada diri kita untuk berusaha lebih gigih lagi. Bukan lelaki sahaja yang perlu berusaha untuk menjadi yang terbaik, wanita juga perlu ke arah yang sama.

p/s: Ciri-ciri yang disebutkan di atas, mungkin juga disesuaikan untuk ciri-ciri isteri idaman dan bebarapa tambahan ciri-ciri tambahan lain.

Perjuangan Terakhirku di USIM

•April 16, 2010 • 2 Comments

Bismillahirrahmannirrahim…

Salam Imtihan kepada Sahabat-sahabat yang sedang menyiapkan diri untuk persiapan menuju ke medan Peperiksaan. Rindu sungguh untuk mencoretkan lakaran minda di dalam blog yang xseberapa ni. Bukan niat untuk berceloteh dengan ape yang bersarang di fikiran sekarang, tetapi sekadar hendak memberi peringatan bagi diriku yang sering lalai dan lupa ini.

Semakin dekat dengan fatrah peperiksaan, semakin ramai yang mendekatkan diri dengan Allah (Impact Positive from exam) tetapi kadang-kadang kita ni terlupa juga hablu min an-nas (hubungan dengan manusia). Ada yang menjadi pentingkan diri sendiri sehingga mengguris hati orang lain. Bukan hendak menunding hari pada sesiapa, just peringatan buat diriku juga kepada teman-teman. Sesibuk mana pun kita nak study and siapkan Final Year Project/ Thesis, jangan sampai ada yang terguris hati kerana kita.

Buat sahabat-sahabat yang terasa sempit dan tidak cukup ruang untuk bernafas, buatlah solat hajat… Pintalah ketenangan daripada Yang Menciptakan ketenangan itu… Zikirlah “Subhannallah walhamdulillah wala ilaha illallah“… Bak Kata boss : “Hasbi Robbi“….

Doa bagi Keringanan dan Kemudahan

Wahai Tuhan Kami, Janganlah Dikau salahkan kami sekiranya kami terlupa ataupun melakukan sebarang kesalahan. Wahai Tuhan kami, janganlah Dikau pikulkan ke atas kami beban yang berat sebagaimana Dikau pikulkan ke atas orang-orang sebelum kami. Wahai Tuhan kami, janganlah Dikau bebankan kami dengan perkara yang kami tidak mampu lakukannya. Maafkan kami, ampuni kami dan kasihanilah kami kerana Dikau adalah Penolong kami apabila kami menghadapi kaum-kaum yang ingkar.


Jadual Peperiksaan Akhir Semester 8~

20 April 2010 (Tuesday)
I’jaz Al-Quran
9.00am > Stadium Tertutup Nilai

23 April 2010 (Friday)
Metodologi Pengajaran Quran dan Tahfiz
3.00pm > DP2 FKP

28 April 2010 (Wednesday)
Financial Marketing Services
9.00am >Stadium Tertutup Nilai

30 April 2010 (Friday)
Database
9.00am >Stadium Tertutup Nilai

3 May 2010 (Monday)
Multimedia Internet
2.30pm > Stadium Tertutup Nilai

5 May 2010 (Wednesday)
Object Oriented Programming
2.30pm > Stadium Tertutup Nilai

“Ya Allah, Sekiranya Kegagalanku(kami) membawa fitnah kepada Islam dan Perjuangan, maka Engkau cemerlangkanlah aku (kami) dalam setiap perkara. Sekiranya Kejayaanku (kami) membuatku(kami) jauh dari Islam dan Perjuangan, maka Engkau lebih berhak menentukan selayaknya untukku(kami). Kerana kuimani, tiada apa yang Engkau takdirkan sia-sia melainkan ada hikmah yang belum tersingkap nilainya….”

Perjalanan…~

•February 19, 2010 • Leave a Comment

Bismillahirrahmannirrahim…

Kembara Gong Xi Fa Cai~

7.45 pagi, 16 Februari 2010

Sambil menghayati pantai keindahan ciptaan Allah s.w.t di pagi hari, bersama buah hatiku (lappy and Nikky [sejak bile Nikon ku ada name] ) huhu~ terasa nak menulis pulak pagi ni.. Sekarang penulis berada di Merang, Terengganu, bersama-sama Mama & Abah.. Penulis on the way balik dari menghantar adik ke MTS Amir Indera Putera ke Klang.

Teringat lagu Bingkisan Rindu (bak kata Epul Juniorku ‘lagu tema’ bulan ini)… Perjalanan kita masih jauh, jalanan berliku bakal kita tempuh…Setiap orang akan menempuhi perjalanan yang berlainan cara dan gayanya… Penulis lain dan anda semua juga lain…

Begitu juga sahabat-sahabat yang telah menapak ke alam baru di dalam perjalanan hidup anda… Semoga anda akan terus semangat menempuhi cabaran hidup akan akan mendatang~ 🙂

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Pertamanya, penulis ingin mengucapkan Tahniah kepada junior-junior Sekolah Hafiz (Ridwan & Nadiah) yang telah melangsungkan Majlis menyambut Menantu pada 14 Februari 2010. Begitu juga kepada Sahabat Rapatku (yang tidak perlu dinyatakan di sini), telah selamat bertunang pada hari yang sama… Salam seribu kemaafan kerana tidak dapat menghadiri majlis kalian kerana dalam perjalanan ke Kelantan pada hari tersebut. Amat terkilan kerana kedua-dua majlis adalah melibatkan orang-orang yang amat rapat dengan penulis,.. Walaupun penulis tidak berada di majlis tersebut, ketahuilah kalian… Doaku setiasa mengiringi kalian selalu dan Semoga kalian gembira dan sentiasa berada fi zhilal rahmahtillah

Pantai Merang Ehem2 Sea Shore

Bersambung…

11.45 malam, 16 Februari 2010

Hajat nak publish malam ni tapi da lewat sgt mcm xde feel la pulak nk buka internet. Kebetulan line xbrape ok. Malam ini, bermalam di rumah Mak Ude kat Kemaman…

Gambar semasa perjalanan dari Kelantan-Merang-Kemaman

Bersambung…

8.29 malam, 17 Februari 2010

Penulis berada di dalam kereta perjalanan balik dari Kuala Tembeling. Sekarang, on the way ke Temerloh.

Sempat singgah untuk mengahayati keindahan ciptaan Allah di Jeti Kuala Tembeling… Mama & Abah da start planning nak pergi ke Taman Negara dengan menaiki bot dari Kuala Tembeling.. huhuJust wait and see je la pasni~

Persahabatan tanpa SYARAT~

•February 11, 2010 • Leave a Comment

Bismillahirrahmannirrahim…

Terasa amat lama tidak mencoretkan lakaran-lakaran mindaku di alam maya ini… Amat banyak yang hendak dikongsikan tapi dek kekangan perasaan untuk menulis dan assignment yang teramat banyak menyebabkan tangan ini cramp untuk menulis…huhu

Malam ini 10 Februari 2010, esok penulis perlu m’submit report Object Oriented Programming walaupun ada lagi yang perlu di touch up, tambah, edit dan lain-lain tapi terasa hendak menulis pula…

Mungkin muqaddimah kepada tajuk entry kali ini agak lari… Cuma pada malam ini tiba-tiba t’ingat seorang sahabat yang amat lama kukenal… bukan hendak bercerita tentang bagaimana bermulanya persahabatan kami atau personalitinya… Sekadar menjawab persoalan-persoalan yang membelenggu dirinya dan sekadar renungan kita bersama dengan tentang erti PERSAHABATAN yang sebenar… Persahabatan tanpa SYARAT

12 SIFAT SAHABAT

1. Jika engkau berbuat bakti padanya, ia akan melidungimu..
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatan itu..
3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu..
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik..
5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan(bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu..
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya..
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya..
8. Jika engkau berdiam diri(kerana malu hendak meminta). ia akan menanyakan kesusahanmu..
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu..
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu..
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu..
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia akan lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

PERSAHABATAN VS CINTA

Cinta bertanya kepada persahabatan, “ Kenapa engkau diperlukan sedangkan mereka mempunyai aku?” . Jawab persahabatan:, “Aku berikan mereka senyuman ketika engkau berikan kekecewaan”.

SAHABAT & PERJUANGAN

Dalam jauh sebuah perjalanan, Allah amanahkan sebuah Perjuangan. Terimalah dengan kekuatan, kadang-kadang sakit yang mendatang, kadang-kadang teman tidak sehaluan, kadang-kadang cemerlang gagal dicapai… Namun itulah ujian mencari Iman yang teguh…

Sesungguhnya sahabat itu wujud dari Satu Pertemuan dengan 10 Pertanyaan, 100 Keyakinan dan 1000 kali Pengorbanan serta berjuta-juta kali Perjuangan dengan SATU Keikhlasan atas keredhaan ALLAH S.W.T. Andai kata sahabat membuat kebaikan, ukirlah di atas batu agar tersemat di hati dan kekal sebagai memori terindah. Seandainya seorang sahabat membuat kesalahan, tulislah ia di atas pasir agar ia hilang di tiup angin KEMAAFAN….

Tiada Erti Kekecewaan atau Kemarahan dalam Persahabatan…Wahai sahabat, Kadang-kadang Allah datangkan ujian untuk menguji sejauhmana kesetiaan dan kekuatan sebuah Persahabatan tersebut. Samaada kita memberi atau menerima tidak menjadi pensyaratan dalam bersahabat yang ada hanya keikhlasan lillahi taala dalam meneruskan perjuangan di bumi Allah ini.

وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلبِرِّ وَٱلتَّقوَىٰ‌ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلإِثمِ وَٱلعُدوَٲنِ

Bingkisan Rindu~

•February 11, 2010 • Leave a Comment

Dedicated to All my friends,

BINGKISAN RINDU

Antara kita tiada rahsia
Susah dan senang tetap bersama
Terpatri namamu
Kau takkan kulupa

Sudah bertahun lama
Kita tidak lagi bersua
Hanya tinggal kenangan
Yang tak mungkin kita lupa

Kirimkan khabar selalu
Seiringan hembusan bayu
Sekadar pengubat rasa rindu dikalbu

Pantas masa berlalu
Meninggalkan kita semua
Tanpa disedari bertambahlah usia kita

Potret lama masih kusimpan
Kubingkaikan kenangan
Hingga terkadangku
Tersenyum sendirian

Oh perjalanan kita masih jauh
Jalanan berliku akan kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat
Penguat semangat menempuh masa hadapan
Harapanku kau kan bahagia selalu

Padaku engkau penghibur duka
Pengubat hati resah kecewa
Dikala malamku kau bawa cahaya

Antara kita tiada rahsia
Susah dan senang tetap bersama
Terpatri namamu
Kau takkan kulupa

Perjalanan kita masih jauh
Jalanan berliku akan kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat
Penguat semangat menempuh masa hadapan
Harapan ku kau kan bahagia selalu

Sematkanlah bingkisan rindu dikalbu

Far East
http://liriknasyid.com


Wahai teman Hawaku sekalian~

•January 3, 2010 • Leave a Comment

Bismillahirrahmannirrahim…

Wahai temanku Hawa,

Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu,
andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Wahai temanku Hawa,
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu,
ingatlah akan janji tuhan kita , wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
Jangan mengadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki,
Jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki,
Kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya.
Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati,
Dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuan……
Takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui
keseksiannya ,lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya ,serta kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan ad-dinnya.

Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya.

Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu ,jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu.

Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu,
Biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu,
Cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.

Wahai temanku,
Oleh itu sedarlah bahawa yang akan membahagiakanmu adalah cinta dan kasih Allah. Kasih yang akan kekal abadi untuk selamanya.

Jadilah yang terbaik untuk Tuhanmu…….

Gerak Ke Beijing~

•January 3, 2010 • Leave a Comment

Bismillahirrahmannirrahim…

Alhamdulillah, Program Lawatan Ilmiah MPP ke China telah berjaya diadakan pada 24 hingga 30 November 2009. Banyak pengalaman yang ditimba samaada daripada bermulanya perancangan hingga akhir lawatan ini. Mungkin amat pahit semasa awal mengalaminya, tetapi manis selepas merasainya..Tahniah MPP USIM. Pengorbanan yang amat berbaloi terutama pengarah program… Alfu Mabruk~

Ini merupakan pengalaman kedua ke luar negara dalam membawa nama USIM, tetapi kali ini terasa amat seronok kerana pergi ke Beijing ramai2 bersama sahabat-sahabat MPP yang lain. Mungkin bunyi macam kami pergi makan angin,hanya Allah sahaja yang tahu pengorbanan kami dalam usaha utk smpai ke sana atas permintaan pengurusan Universiti untuk membuat program berbentuk demikian. I.allah ada input2 yang kami akan sampaikan kpd mahasiswa bukan dengan tangan kosong.

Buat pengetahuan semua, lawatan ini hanya melibatkan sekitar Beijing sahaja. Walaupun sekitar Beijing sahaja tetapi kawasannya amat luas. Untuk pengetahuan semua perjalanan dari Beijing selatan ke Beijing Utara mengambil masa 6 jam perjalanan. Cuba bayangkan kalau dari Selatan Negeri sembilan ke Utara N9 mengambil masa 6jam… Jauh2..

JAUH perjalanan, luas pandangan dan tambah pengalaman. Antara yempat-tempat yang kami lawati adalah seperti Beijing Foreign Studies Universiti (BFSU), Beijing Language and Culture University (BLCU), Tembok Besar China, Forbidden City, Summer Palace dan beberapa buah masjid bersejarah dalam perkembangan tamadun Islam di sana serta tidak ketinggalan melawat pejabat Kedutaan Malaysia di China. Di mana, kami mengadakan sidang meja bulat bersama Persatuan Pelajar Beijing Foreign Studies University (BFSU) dan Beijing Language and Culture University atau lebih dikenali sebagai Student Union. Antara topik yang kami bincangkan berkaitan dengan hal ehwal pelajar seperti kebajikan, penganjuran program, keselamatan dan promosi yang dilaksanakan oleh wakil pelajar di universiti masing-masing.

Tidak lupa juga, pengalaman manis kami menyambut Aidiladha di Masjid Nuejie, Beijing. Solat Sunat Eid Adha di dalam keadaan sejuk terutama bagi lelaki kerana mereka solat di bahagian luar masjid. Sebelah malam pula, kami berpeluang untuk berhari raya di rumah untie Aishah and uncle Musa (Kawan ayah Nisreen) Chinese Muslim di Beijing..Melayan karenah Daud yang comel dan baby Isa, Makan Chinese Muslim Dishes n Cookies…huhu.. Thanks to Nisreen.

Mencipta Memori Terindah Bersama MPP USIM di Beijing

Memori bersama MPP

Sekadar berkongsi~

•January 3, 2010 • Leave a Comment

Bismillahirrahmannirrahim…

Sekian lama tenggelam dek kesibukan duniawi, otak semakin tepu utk berfikir n menulis… kurangnya mendengar tazkirah..:) tp Allah tu Maha penyayang kerana Dia memberi peringatan dengan apa yang berlaku di sekeliling kita…Alhamdulillah. Semoga kita mengambil iktibar daripadanya. Banyak yang ingin dikongsikan, tapi apakan daya, diri xmampu untuk membuat demikian…:)

Walaupun suda 3 hari selepas tahun baru 2010, 16 hari selepas tahun baru hijrah 1431..mungkin terlalu lambat untuk ucapkan tahun baru…Walakin Ala kulli hal, Kullu ‘Am wa antum bikhair..Selamat Tahun Baru.

Seminggu yang lepas semester terakhirku bermula, seminggu yang macam2 berlaku..huhu. Almaklumlah, semester akhir pelbagai kerenah kawan2 menyusun perancangan utk masa depan…daripada studies semester ini, plan sambung master after blaja ni hingga perancangan ke jinjang pelamin… Terutama kepada sahabat2 yang sedang berpraktikal sekarang..Teringat Mama kata, yang penting sekarang ni matlamat utama usaha sehabis baik untuk semester terakhir ni..:)

Sekadar berkongsi apa yang bermain di fikiran… tambahan tiada aktiviti sepanjang cuti new year n weekend ni… Bak kata seorang sahabat saya,jiwa seni ni mmg suka berkongsi (Sharing)…and wahai sahabatku, kawan saya kata, “sharing is caring“…huhu so, xsalahkan sharing ngan sume orang becoz caring ngan kawan2..:)

Last but not least, wahai sahabat2 sekalian…Walau apa jua yang kita lakukan dan rancangkan, pastikan kita mempunyai matlamat… perlu ada “Sense of begin with the end in mind“.. Macam Prof. Madya Dr. Norita kata dalam kelas programming last week, kita perlu ada misi dan visi dalam hidup kita..plg basic, kerana lillahi taala…and remember what u give, u get back… So, usaha yang terbaik dalam apa jua yang kita dilakukan supaya membuahkan hasil yang the best pada masa akan datang.

Salam Aidilfitri~

•September 19, 2009 • 2 Comments
Salam Aidilfitri~

Salam Aidilfitri~

Ahlan Ya Ramadhan~

•August 22, 2009 • Leave a Comment

Berlalu Rejab dan Syaaban, Ramadhan menjelma. Di mana, kita berpeluang untuk menikmati Ramadhan dengan pesta Ibadah sepanjang bulan ini.

Ramadhan yang Sama, Natijah yang Berbeza… Ungkapan keramat seorang sahabat Ogsem sebagai peringatan terakhirnya sebelum allahyarham pergi meninggalkan kita.

Setting Niat.. Upgrade Iman.. Download Sabar.. Delete Dosa.. Install Taubat.. Ahlan Ya Ramadhan~


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Rasulullah S.A.W bersabda:” Siapa yang bergembira dengan datangnya Ramadhan, maka Allah mengharamkan jasadnya masuk dalam ke pintu neraka”

RAMADHAN KARIM~